Date: Jumaat, March 10, 2017

Pada 9 Mac 2017, mesyuarat bersama pihak Institution Of Engineers, Malaysia (IEM) telah diadakan di Menara Kerja Raya bagi membincangkan permaufakatan untuk tujuan pengiktirafan Pensijilan Kompetensi (Awam) JKR yang telah di bangunkan oleh Jawatankuasa Disiplin Awam sejak 2013.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan YBhg. Dato’ Dr. Meor Aziz Osman selaku Ketua Disiplin Awam JKR serta dihadiri barisan sponsor dan owner kompetensi. Pihak IEM telah diwakili oleh 6 orang pegawai yang diketuai Ir. Lee Boon Chong selaku Vice Presidents IEM.

Program Pensijilan Kompetensi (Awam) merupakan salah satu program bagi meningkatkan tahap kompetensi Jurutera Awam di JKR dalam pelbagai bidang kompetensi. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk:

1.      Mendapat pengiktirafan luar daripada badan profesional seperti IEM.

2.      Program pensijilan ini diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan penilaian bagi permohonan Jurutera Profesional (PE).

3.      Sebagai salah satu kriteria untuk penilaian Subject Matter Expert (SME) dan program laluan kerjaya secara fast track.

Diharapkan mesyuarat ini dapat membantu dalam mengenalpasti halatuju bersama dalam meningkatkan kompetensi pegawai JKR.