Mesyuarat Rakan Integriti KKR Bil. 2/2016 telah diadakan pada 10 Mei 2016 (Selasa) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Delima 2, Aras 1, Blok G, KKR2. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)KKR dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman Pengarah, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya serta Unit Integriti KKR dan juga Wakil CIDB.
Di dalam mesyuarat tersebut JKR telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh JKR sepanjang tahun 2015 dan 2016.
Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman telah menyampaikan PTPI JKR (2016-2017), Kod Etika JKR dan Polisi Whistleblowing kepada YBhg. Dato’ Hj. Sarani bin Dollah
Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman menyampaikan PTPI JKR (2016-2017), Kod Etika JKR dan Polisi Whistleblowing kepada wakil CIDB.
- 1031 bacaan