Date: Khamis, April 12, 2018

Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Mekanikal JKR Malaysia Tahun 2018 telah diadakan pada 8hb. hingga 10hb. April 2018, bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi, Kedah bertemakan 'Delivering Success and Impressive Results' bertepatan dengan hasrat jabatan sebagai agensi pelaksana terbaik negara melalui yang penyampaian projek yang berkualiti. Seramai 120 orang Jurutera Mekanikal telah menghadiri mesyuarat ini termasuk yang berkhidmat di JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan juga Kader di pelbagai Kementerian.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan  bin Md Taha. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan aluan YBrs. Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ir Gopal Narian Kutty diikuti dengan acara kemuncak iaitu ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Sri KPKR.

YBhg. Dato’ Sri KPKR turut menyempurnakan pelancaran enam (6) produk baharu CKM iaitu:

  1. Guideline for Building Automation and Control System (BACS) Design;
  2. Internal Cold Water and Sanitary Plumbing System;
  3. Panduan Asas Rekabentuk Sistem Pencegah Kebakaran
  4. Mechanical System Design and Installation Guidelines for Architects and Engineers
  5. Standard Mechanical Design Detail Drawing for Mechanical Systems in Buildings
  6. Kompilasi Ringkasan Kes-kes Forensik Perkhidmatan Mekanikal dalam Bangunan

Mesyuarat tahunan ini telah disusun dengan pelbagai pengisian seperti pembentangan kertas kerja dan pameran produk. Berikut ialah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang mesyuarat berlangsung:

  1. Delivering Impressive Results oleh Tan Sri Dato’ Ir. Hj. Zaini Bin Omar;
  2. Delivering Successful Projects from Client’s Perspectives oleh Dr. Nor Bizura Binti Abdul Hamid (Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia);
  3. Delivering Success in Mechanical Projects: Ministry of Works Case Study oleh Ir. Hj. Hasbullah Bin Osman (CKM);
  4. Challenges in Mechanical System Design for Healthcare Facility oleh Ir. Mohamed Azly Bin Abdul Aziz (CKM);
  5. JKR Worksyop of the Future oleh Ir. Zulkifli Bin Ahmad (CKM); dan
  6. Successful Innovation: Innovation in CKM:
    1. Making It Happen oleh En. Mohd Hafizal Bin Maton
    2. Intelligent Equipment Mechanical oleh En. Mohd Farmezee Bin Abdullah

Produk-produk yang dipamerkan adalah seperti berikut:

  1. Dokumen-Dokumen Terbitan CKM/ I.E Mech oleh Ibu Pejabat CKM/ CKM Selangor;
  2. Lift : Motor Roomless oleh FUJI DNDT Sdn. Bhd;
  3. Foamgard AFFF AF3 oleh Progard Sdn. Bhd;
  4. Refrigerant R32 oleh Daikin Malaysia Sales & Services Sdn. Bhd;
  5. Mustang Dynamometer oleh Tedra Technology Sdn. Bhd; dan
  6. Kelab CKM.

Sesi Pengenalan Jurutera Baharu dan Forum Pengurusan CKM Bersama Jurutera Mekanikal turut diadakan. Secara amnya, Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Mekanikal JKR Malaysia Tahun 2018 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menjadi platform perkongsian pengalaman, ilmu dan inovasi melalui perbincangan berkaitan isu-isu teknikal, dasar dan perkembangan terkini bidang kejuruteraan.