Mesyuarat Tahunan Jurutera Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2017 telah diadakan pada 3hb. hingga 5hb. Mei, 2017, bertempat di Institut Semarak Felda (ISEF), Bandar Baru Bangi, Selangor bertemakan 'Deliver With Quality'. Tema ini telah dipilih bersesuaian dengan usaha JKR memfokuskan penyampaian kerja yang berkualiti serta berinovasi melalui kakitangan berkompetensi tinggi. Seramai hampir 150 orang Jurutera Mekanikal telah menghadiri mesyuarat ini termasuk yang berkhidmat di JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader dipelbagai Kementerian. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan aluan YBrs. Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM). Antara intipati ucapan aluan YBrs. Pengarah Kanan CKM ialah:
1. Melaksanakan projek secara efektif dengan kualiti yang tinggi, kemasan yang baik dan rekabentuk yang optimum serta menjimatkan selari dengan tema 'Deliver With Quality';
2. Menyarankan semua jurutera agar mendapatkan taraf Jurutera Profesional (Professional Engineer (PE) ) memandangkan ia adalah salah satu kriteria penilaian bagi kenaikan pangkat ke Gred J52 dan ke atas;
3. Program Cakap-CakapTeknikal telah dilaksanakan iaitu perkongsian ilmu dan pengalaman dikalangan warga CKM bagi menerapkan budaya coaching and mentoring disamping mewujudkan semangat kerja berpasukan serta meningkatkan persefahaman diantara satu sama lain;
4. Program Pensijilan Jurutera Mekanikal akan dilancarkan untuk mengiktiraf kompetensi Jurutera Mekanikal;
5. Lukisan reka bentuk perlu diperincikan dari segi ukuran dan susun atur peralatan bagi mengelakkan masalah pemasangan di tapak bina; 6. Kerajaan menetapkan Tahun 2017 adalah tahun penyampaian di mana projek perlu disiapkan mengikut jadual; dan
7. YBrs. Pengarah Kanan CKM berharap mesyuarat ini dapat memberi inspirasi kepada semua jurutera mekanikal untuk mempertingkatkan kualiti dan budaya kerja cemerlang, disamping memperkukuhkan ikatan silaturrahim serta bersama-sama menaikkan imej jabatan.
Mesyuarat diteruskan dengan acara kemuncak iaitu ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ TKPKR. Antara intipati ucapan beliau ialah:
1. Melaksanakan projek secara efektif dengan kualiti yang tinggi melalui kemasan yang baik dan reka bentuk yang optimum selari dengan tema 'Deliver With Quality';
2. Mengamalkan budaya People first, performance now dimana rakyat diutamakan dan memikirkan kesan kepada rakyat sekiranya projek tidak disiapkan mengikut jadual;
3. Mengamalkan pengurusan risiko yang berkesan. Komunikasi dan koordinasi di antara Head Of Design Team (HODT) pada peringkat reka bentuk adalah penting bagi mengelakkan permasalahan di tapak bina yang boleh mengakibatkan pertambahan kos dan tempoh projek;
4. Meletakkan sense of urgency dalam diri masing-masing dan bertindak segera untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi;
5. Menetapkan benchmark dalam menyiapkan projek beserta dengan 3 dalam 1; Complete Compliance Certificate (CCC), As-Built Drawing dan Statement of Final Accounts (SOFA);
6. Mempertingkat libat urus dengan semua stakeholders;
7. Pre-Approved Plan (PAP) digunapakai untuk memendekkan tempoh fasa perancangan projek;
8. Menekankan prinsip “Deliver what we promise, produce result” iaitu melaksanakan tadbir urus terbaik dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan;
9. Kakitangan JKR diseru mempertingkatkan kompetensi diri dan “to be different”; dan
10. Semua kakitangan diminta bekerja sebagai satu pasukan demi mencapai halatuju tahun 2017 iaitu tahun penyampaian.
YBhg. Dato’ TKPKR telah menyempurnakan pelancaran tiga (3) produk baharu CKM iaitu:
1. Guideline On The Design Of Sanitary System;
2. Garis Panduan Penyenggaraan Sistem Lif; dan
3. Garis Panduan Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal.
Mesyuarat tahunan ini telah disusun dengan pelbagai pengisian seperti pembentangan kertas kerja dan pameran produk. Berikut ialah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang mesyuarat berlangsung:
1. Route To Professional Engineer oleh Ir. Hisham Bin Yahaya (IEM);
2. Kes-Kes Sebenar Yang Wujud Di Jabatan-Jabatan Kerajaan oleh PPKPj Mohamad Tarmize Bin Abd Manaf (SPRM);
3. CREaTe: The Future oleh Ir. Fithry Bin Mohd Amir (CREaTe);
4. System Mechanical Maintenance – Towards Sustainable Operation Management oleh Ir. Mohd Khairul Anuar Bin Sharif (JKR Woksyop, CKM, IPJKR);
5. Face By Pass Damper For AHU oleh Ir. Wan Shah WaliAllah Bin Wan Senik (CKM, IPJKR);
6. Lukisan Terperinci Bagi Penyediaan Reka Bentuk Sistem Penyaman Udara Jenis Watercooled Chiller oleh Ir. Mohamad Zaini Bin Bakar (CKM,IPJKR);
7. 100 Hari Pertama KJMN Terengganu oleh En. Norhisham Bin Launah (JKR CKM Negeri Terengganu);
8. Coordination Of Mechanical System Design & Installation With Architects And Engineers On The Governement Bulding Project oleh Ir. Zulkifli Bin Abdul Rashad (CKM, IPJKR);
9. Lesson Learnt Sistem Mekanikal Di Dalam Bangunan oleh En. Mohd Faiz Fikri Bin Yussoff (CKM, IPJKR).
Kesemua kertas kerja tersebut boleh dimuat turun menerusi Portal JKR (laman J-Pedia).
Pameran produk yang ada ialah seperti berikut:
1. Dokumen-Dokumen Terbitan CKM;
2. Produk CKM 2017;
3. Sistem Pemantauan Projek Berpusat (SPPB);
4. Sistem Pengurusan Rekod Kenderaan JKR (SPaRK) dan Penilaian Kenderaan Atas Talian (PiKAT);
5. Malaysian Carbon Reduction And Environmental Sustainability Tool (MyCrest) dan Penarafan Hijau JKR (pH JKR);
6. Intelligent Equipment Mechanical (I.eMech); dan
7. Kelab CKM
Secara amnya, Mesyuarat Tahunan Jurutera Mekanikal JKR Malaysia Tahun 2017 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menjadi platform perkongsian pengalaman, ilmu dan inovasi melalui perbincangan berkaitan isu-isu teknikal, dasar dan perkembangan terkini bidang kejuruteraan.
- 1458 bacaan