Date: Khamis, Jun 20, 2024

Pada 19 Jun 2024, telah diadakan sesi Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan Pegawai Atasan JKR iaitu YBhg. Dato’ Ir. Haji Hamdan Bin Ali, Pengarah JKR Negeri Perak. Beliau telah memulakan kerjaya di JKR Kuala Pilah pada 19 September 1985 dengan penempatan terakhir di JKR Negeri Perak menjadikan tempoh perkhidmatan beliau hampir 39 tahun di JKR.

Sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Yang Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya.

Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Hamdan Bin Ali yang akan bersara wajib pada 25 Jun 2024. Semoga YBhg Dato’ sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.