Date: Isnin, Disember 26, 2022

Hasil sumbangan ikhlas warga JKR dan orang ramai, Misi Banjir JKR Pantai Timur telah menghantar barangan makanan di daerah Terengganu dan Kelantan bagi diserahkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah bencana banjir besar bermula 23 Disember 2022.

100 beg bantuan telah dibawa untuk diagihkan dan diserahkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah bencana banjir besar yang mengandungi 19 barangan makanan asas seperti roti, telor, biskut, milo, kopi, sardin, susu, bubur, mee segera dan lain-lain termasuk keperluan kebersihan diri.

Skuad bantuan juga telah mengadakan ziarah mahabbah & Tahlil kepada keluarga mangsa renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau. Semoga Allah SWT merahmati ketiga-tiga mangsa yang telah meninggal dunia. Al Fatihah.

Misi ini juga turut disertai oleh YBrs. Pengarah JKR Kelantan, Jurutera Jajahan dan YBrs. Timbalan Pengarah JKR Terengganu dan Jurutera Daerah Besut.

Sekalung penghargaan kepada semua yg membantu dan menjayakan misi ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kebaikan yang dicurahkan atas sumbangan yang diberikan.

Segala kekurangan di sepanjang perjalanan misi banjir #JKRPrihatin ini pohon dimaafkan.

Terima kasih

#JKRPrihatin

#JasaKepadaRakyat