Date: Jumaat, Julai 8, 2022

Misi Bantuan Bencana Baling #KKRPrihatin (link is external) #JKRPrihatin (link is external) #JasaKepadaRakyat (link is external)

Penyaluran Sumbangan Bencana Baling melalui inisiatif, Kementerian Kerja Raya, JKR Malaysia & Surau KKR telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya kepada penduduk Baling yang terjejas akibat daripada musibah bencana kepala air.

Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan bebanan penduduk di Daerah Baling yang telah musnah dan rosak akibat bencana yang terjadi serta juga melibatkan warga JKR di Daerah Baling.

Kerja-kerja pemasangan Jambatan Bailey sedang giat dilaksanakan bagi membantu dan memudahkan penduduk kampung melaksanakan aktiviti harian. Dengan kekuatan seramai 30 warga JKR & 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia, kerja-kerja pemasangan ini dijangka siap sebelum Hari Raya Aidiladha. Insha Allah.

Skuad Sukarelawan Bencana JKR turut menyantuni Jawatankuasa Masjid Raudhatul Falah, Kampung Iboi, Kupang dan penduduk kawasan yang terjejas dalsm operasi bantuan ini.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” didoa’kan agar mangsa banjir diberi kesabaran dalam menempuhi ujianNya.

Firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Surah An-Nahl : 128)