Date: Rabu, April 5, 2023

Pada 3 April 2022, Skuad JKRPrihatin yang terdiri daripada daripada YBrs. Ir. Ts. Mohd Hazery b. Hj. Md. Shamsi (CDPK), En. Alif Zuwairi b. Baharuddin(Caw. Jalan) dan En. Mohamad Murtado b. Rosli (wakil Surau KKR) telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kaharanmaras, Tukiye bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan JKRPrihatin badan NGO Hayrat Yardim, Turkiye. Skuad JKRPrihatin turut bersama-sama mengedarkan barangan keperluan asas dan memberi pandangan serta nasihat teknikal.

Alhamdulillah, hasil sumbangan warga JKR seluruh Malaysia sebanyak RM35,000.00 melalui JKRPrihatin telah disalurkan kepada mangsa gempa bumi khususnya penduduk Turkiye dan warga Syiria yang terkesan akibat gempa bumi. Sehingga kini, dengan keadaan cuaca yang sejuk, ramai penduduk masih mendiami khemah sementara , disebabkan kediaman mereka telah musnah dan sebahagian besar kediaman tidak selamat untuk diduduki.

Sumbangan JKRPrihatin ini telah diserahkan kepada En. Uthman, wakil Pusat Bencana di Afet Lojistik Merkezi, Kahramanmaras, bagi membeli barangan makanan, ubat-ubatan, selimut dan lain-lain keperluan kelangsungan hidup. 

Semasa penyerahan sumbangan juga, skuad JKRPrihatin turut diberikan peluang bagi memberikan input-input serta khidmat nasihat teknikal ketika pemasangan dan pembinaan khemah-khemah sementara dijalankan. Dimaklumkan bahawa khemah-khemah ini mampu memuatkan hampir 3,000 keluarga pada satu-satu masa.

Misi JKRPrihatin telah dibawa melawat Tanah Perkuburan Kaharanmaras bagi menziarahi perkuburan mangsa terkorban seramai 15,000 jenazah sebelum bergerak ke Sanliurfa, di bahagian timur Turkiye bermula 5-7 April 2023 bagi meneruskan misi menyantuni mangsa bencana gempa bumi .

Dilaporkan hampir 55,000 nyawa telah terkorban dan 122,500 mangsa cedera, sekirar 60,000 bangunan telah rosak dan musnah akibat gempa bumi yang melanda kedua-dua negara dan bersama kita mendoa’kan keselamatan rakyat Turkiye dan Syria.

Moga Allah SWT membalas kebaikan penginfaq budiman daripada warga JKR Malaysia.”Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Sekian, terima kasih.