Date: Jumaat, Oktober 13, 2017

Sinonim dengan cabaran dan perubahan masa, Mr. JKR Malaysia kembali dengan wajah dan  karektor animasi serba baru untuk disesuaikan dengan imej Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku sebuah organisasi yang sentiasa komited dan prihatin dalam merealisasikan harapan pelanggan.

Animasi Mr. JKR kali ini membawa imej pembaharuan dari segi wajah, penampilan serta karektor. Penampilan baru Mr. JKR dengan pemakaian baju korporat baru adalah hasil rekaan perekabentuk dari Cawangan Arkitek dengan sentuhan khas oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dengan warna biru berkilau atau sparkling blue di gabung jalinkan dengan warna kuning iaitu warna asal korporat JKR.

Mengambil pendekatan daripada pelancaran baju korporat oleh Dato’ Sri KPKR pada 22 Mei 2017 sempena Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR 2017 yang lalu, Mr. JKR yang juga merupakan ikon utama dalam penyampaian perkhidmatan JKR telah diberi sentuhan baru agar karektor yang diketengahkan menggambarkan JKR selaku agensi teknikal ulung negara dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang serta sentiasa dekat di hati rakyat.

Untuk memuat turun (warga kerja JKR sahaja), daftar masuk melalui SSO terlebih dahulu dan klik pada butang "Karakter Mr. JKR" yang terletak di Pautan Pantas halaman utama portal JKR.

JKR Sentiasa Bersama Anda.

Foto aksi pegun Mr. JKR (fail powerpoint, klik kanan pada satu aksi dan save as picture untuk disimpan sebagai file jpeg)


Video animasi Mr. JKR (skrin hijau untuk super impose di atas video lain)