Date: Rabu, September 1, 2021

NAIL YOUR TENDER II: PASTIKAN TENDER ANDA TERPILIH!

Bagi perolehan kerajaan, proses penilaian tender dilaksanakan berdasarkan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa dan garis panduan penilaian tender yang berkaitan. Penilaian tender merupakan proses yang penting dalam perolehan kerja kerana proses ini akan menentukan kontraktor yang layak dipilh bagi melaksanakan projek yang berkenaan. 

Sejak pelaksanaan penambahbaikan dasar perolehan kerajaan, jumlah petender yang mengambil bahagian dalam sesuatu perolehan kerja amat menggalakkan. Walau bagaimanapun, didapati kebanyakan petender yang berkenaan tidak dapat memenuhi kriteria–kriteria yang telah ditetapkan sekaligus gagal dalam penilaian tender yang dilaksanakan. 

Sehubungan itu, seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penjelasan kepada semua pihak yang berminat bagi menyertai tender kerajaan, mengenai proses penilaian yang dilaksanakan terutamanya kriteria–kriteria yang dinilai dalam pelaksanaan tender terbuka mengikut Pekeliling Kaedah Perolehan Kerajaan PK 2.1 dan Pekeliling Perolehan Perunding Secara Am PK 3.1

Seminar ini juga akan menerangkan mengenai Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (Variation of Price–VOP), dimana Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan VOP di dalam kontrak kerja melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 bagi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi. Syarat VOP dilaksanakan di dalam kontrak kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan bagi memastikan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Pekeliling Perbendaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.4 bertujuan untuk memaklumkan syarat dan kaedah pengiraan VOP di dalam kontrak kerja. PK 2.4 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Dimanakah silapnya tender yang dihantar?

Temui jawapannya di www.nailyourtender.my (link is external)

https://fb.watch/7KzZIQTf2J/ (link is external)