Date: Isnin, April 30, 2018

National Seminar On Sustainable Development - The Future We Want telah berlangsung pada 24 – 25 April 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, JKR dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Zohari b. Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Arkitek Hj. Zairul Abidin b. Badri, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar),   Yang Berusaha Encik Azman b. Mohd Jais, Pengarah Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal, Lembaga Lebuh Raya Malaysia dengan diiringi oleh Puan Farah  binti Abdul Samad, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga dan Yang Di Pertua ProJKRM, Ir. Zulkifli bin Ahmad, Pengarah Kanan Cawangan serta Pengarah – Pengarah Cawangan.

Objektif seminar adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam melindungi serta memelihara persekitaran untuk generasi semasa dan akan datang. Di samping itu, seminar ini juga melibatkan perkongsian isu-isu alam sekitar, cabaran serta kisah kejayaan projek-projek pembinaan dan meneroka pendekatan sistematik bagi pengurusan sisa berbahaya.

Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berusaha Arkitek Hj. Zairul Abidin b. Badri, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek dan sebanyak sebelas (11) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh pakar–pakar dalam disiplin yang berkaitan Alam Sekitar dari pelbagai sektor. Kertas kerja tersebut adalah seperti berikut:

1. Rawang By Pass: Perlindungan Ekosistem Merentasi Sempadan oleh Tuan Hj. Abdul Rahman bin Abdul Aziz, Cawangan Jalan
2. Vertical and Horizontal Sustainable Living oleh Ar. Serina Hijjas, Hijjas Architects & Planners
3. Sustainable Development for Wildlife and Bio-diversity Conservation: What can we do? oleh Encik Muhammad Munir bin Idris, Jabatan Perhilitan
4. Stop the Roadkill: Wildlife Protection oleh Encik Mohd Samsudin bin Mohd Suri, Jabatan Perhilitan
5. Crafting Sustainable Interventions oleh Farah Azizan & Adela Iskandar, Studio Bikin Sdn Bhd}
6. Green Mission and Sustainable Development Policy in JKR oleh Puan Monaliza binti Mohd Hassan, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
7. Man-made Environmental Disaster: Acts, Regulations & Actions oleh Encik Sham Izuddi bin Mat Hussin, Jabatan Alam Sekitar
8. Stakeholders Responsibility in Scheduled Waste Management During Construction and Operation Stages oleh Encik Muhammad Fauzan, Kualiti Alam Sdn Bhd
9. River of Life (RoL) Public Outreach Programme: Stakeholder Engagement oleh Dr. Kalithasan Kailasam, Global Environment Centre
10. Green Technology Financing Scheme (GTFS) as Catalyst to Green Economy oleh Encik Kamaradzaman Mohd Bakri, Malaysian Green Technology Corporation
11. The Greening of Kuala Lumpur with MRT oleh Encik Mohd Yusof bin Kasiron, Mass Rapit Transit Corporation Sdn Bhd

Seminar yang julung kali diadakan telah berjaya menepati sasaran peserta di mana selain daripada penyertaan kakitangan JKR Malaysia di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah, seminar ini turut dihadiri oleh pihak penggiat industri, pembekal, perunding, profesional dan juga kontraktor.