Date: Jumaat, Oktober 1, 2021

Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.

            Pelaksanaan CI akan melibatkan semua pegawai Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar semua warga JKR Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) melaksanakan penilaian kompetensi menggunakan aplikasi CI secara atas talian di pautan di bawah.

Intranet JKR – https://www.jkr.gov.my - Klik pada pautan MyKJ - KOMPETENSI

            Untuk makluman, penilaian CI ini akan bermula pada 4 OKTOBER 2021 dan akan berakhir pada 15 OKTOBER 2021. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, dipohon menghubungi pegawai berikut:

Kerjasama dan keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam memastikan kelancaran perjalanan penilaian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.