Date: Khamis, November 11, 2021

Jabatan Kerja Raya Malaysia telah memeta satu lagi lakaran kejayaan dalam aspek Pengurusan Aset Kerajaan (PAK) khususnya bidang pengurusan aset tak alih dengan pelancaran dokumen peringkat strategik PAK yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dalam program Asset And Facility Management Conference (AFMC) 2021 bersempena dengan International Construction Week (ICW) 2021 pada 10 November 2021.

Kejayaan ini juga merupakan manifestasi komitmen JKR selaku Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) dalam berperanan sebagai badan tadbir urus dan penguatkuasaan kepada pelaksanaan pengurusan aset tak alih.

Empat (4) dokumen peringkat strategik tersebut adalah seperti berikut:

Kategori dokumen ditambahbaik:

  1. Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) Versi 2.0
  2. Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2021: Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) Versi 2.0
  3. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2021: Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) Versi 2.0 – Induk dan Bangunan

Kategori dokumen baharu:

  1. Pelan Strategi Pengurusan Aset Tak Alih (PSPATA) 2021 – 2030

Semoga dengan pelancaran keempat-empat dokumen peringkat strategik ini akan memberikan hela nafas baru dalam pemerkasaaan dan pemantapan pengurusan aset kerajaan dalam negara ini.