Date: Khamis, March 23, 2023

Pada 23 Mac 2023 (Khamis) telah berlangsung Majlis Pelancaran Bunting Larangan Menerima dan Memberi Hadiah, yang telah  dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Majlis ini turut  dihadiri Ketua-Ketua Bahagian CDPK serta kakitangan Bahagian Integriti sebagai satu usaha hebahan berhubung larangan ini.

Diharapkan usaha ini dapat menggalakkan Ketua Jabatan/ Penghulu Premis JKR yang lain untuk memastikan bunting tersebut dipamerkan di semua bangunan di Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri, JKR Daerah dan pejabat tapak serta membuat hebahan emel infografik larangan tersebut terutamanya pada musim perayaan.

Ini merupakan salah satu langkah pencegahan amalan meminta dan menerima hadiah daripada seseorang yang mempunyai hubungan tugasan rasmi dengan seseorang pegawai itu. Moga usaha ini dapat memupuk kesedaran akan larangan menerima dan memberi hadiah seterusnya meningkatkan lagi tahap integriti warga JKR.