SEMINAR ON JKR/SIRIM 1:2017 GREEN PRODUCT SCORING SYSTEM (GPSS) telah berlangsung pada 07 November 2017 di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor. Seminar ini adalah anjuran bersama Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT), JKR Malaysia dan SIRIM Berhad. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Pn. Farah binti Abdul Samad, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, JKR Malaysia bersama dengan En. Azim Ng bin Abdullah, Pengarah Urusan dan En. Abdul Aziz bin Long, Pengurus Besar SIRIM STS Sdn. Bhd. Wakil daripada MGTC Greenpreneur Services, GreenTech Catalyst Sdn. Bhd, serta Produk Pensijilan dan Pemeriksaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. turut memeriahkan majlis tersebut. Seminar ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan kehadiran 120 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk JKR Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, SIRIM Berhad, CIDB, Tentera Laut Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga peserta daripada industri.
Objektif seminar ini adalah untuk merasmikan manual JKR/SIRIM 1:2017 Green Product Scoring System (GPSS), hasil kerjasama JKR Malaysia dan SIRIM STS Sdn.Bhd. Seminar ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan keperluan serta kaedah penggunaan manual ini terutamanya bagi projek – projek JKR. Seminar ini turut menjadi wadah jalinan interaksi di antara JKR dengan Agensi Kerajaan yang lain serta pihak industri.
Sebanyak lima (5) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini iaitu: -
- Introduction of Green Product Scoring System (GPSS) oleh Pn. Farah binti Abdul Samad, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, JKR Malaysia
- Overview of Relation Between GPSS and MyHIJAU oleh oleh En. Malik bin Atan, Pengurus MGTC Greenpreneur Services, GreenTech Catalyst Sdn. Bhd.
- GPSS, Business Opportunity and Climate Change oleh En. Abdul Aziz bin Long, Pengurus Besar SIRIM STS Sdn. Bhd.
- SIRIM Eco-Labelling Program oleh Ir. Syed Fadzil bin Syed Mohamed, Perunding Kanan Produk Pensijilan dan Pemeriksaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
- JKR/SIRIM 1:2017 Manual for Green Product Scoring System oleh Pn. Norfaizah binti Nasir, Perunding WTO TBT, Technical Information & Consultancy Section, SIRIM STS Sdn. Bhd.
- 1696 bacaan