Date: Isnin, Januari 24, 2022

Kajian kefahaman dan kebolehlaksaan Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Tahun 2021-2023 telah dijalankan bagi memperkukuh inklusiviti ke arah pemerkasaan serta kemantapan kefahaman secara total. Ironinya, dapatan kajian adalah langkah pantas dalam mewujudkan transformasi strategik serta momentum kebersamaan yang akan mencetuskan impak keberhasilan perkhidmatan yang lebih efektif dan mampan.

Justeru itu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi pelancaran Laporan Kajian Kefahaman dan Kebolehlaksanaan: Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) CDPK Tahun 2021-2023 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK pada 21 Januari 2022 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), CDPK yang diterajui oleh Ketua Bahagian, YBrs. Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan Bin Haji Zakaria selaku Ketua Sekretariat Pelan Bisnes dan ERM CDPK.

Simbolik pelancaran adalah sesi penyerahan Dokumen Laporan oleh YBhg. Dato’ Pengarah CDPK kepada sebelas (11) Ketua Bahagian di CDPK yang terdiri daripada:

  1. Bahagian Integriti (BaI);
  2. Pasukan Projek J10 (J10);
  3. Bahagian Sekretariat (BS);
  4. Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK);
  5. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM);
  6. Bahagian Komunikasi Korporat (BKK);
  7. Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA);
  8. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM);
  9. Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan (BPSK);
  10. Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan (BPKS); dan
  11. Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP).

Hakikatnya, kajian yang dijalankan bertindak sebagai pendorong kepada warga CDPK untuk berubah ke arah mencipta ketelusan dan peningkatan komitmen secara total. Intihanya, keperluan   untuk   menghayati   dengan   baik   informasi   yang   penting berkaitan intipati dan hubung kait Pelan Bisnes dan Pelan ERM adalah langkah efektif mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Semoga pelancaran ini akan mencetuskan gelombang peningkatan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan oleh seluruh warga CDPK. Usaha yang dirintis ini, diharapkan mencetuskan tranformasi minda untuk terus komited dan konsisten dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif untuk tiga (3) tahun akan datang sebagaimana dinyatakan dalam Pelan Bisnes CDPK 2021-2023.