Date: Rabu, March 9, 2022
Sepertimana yang semua telah maklum mengenai kejadian bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan Kelantan telah menyebabkan penduduk di beberapa Daerah sekitarnya terkesan.
 
Susulan daripada itu, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui inisiatif #JKRPrihatin akan melaksanakan kutipan sumbangan bagi membantu penduduk yang terlibat dengan kejadian bencana banjir. Kutipan bagi sumbangan ini kelak akan digunakan bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas makanan dan juga barang-barang keperluan lain.
 
Sehubungan itu, sumbangan wang ringgit bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan adalah amat diharapkan dan dialu-alukan. Sumbangan kutipan ‘Tabung Sumbangan Bencana Banjir JKR Prihatin’* dibuka mulai 10 Mac 2022 (Khamis) sehingga 13 Mac 2022 (Ahad) dan boleh disalurkan melalui :
 
📍Saluran:-
Surau Blok G, Menara Kerja Raya
 
📍No. Akaun :
1100120766
Bank Kerjasama Rakyat
 
📍Rujukan:
JKR Prihatin Terengganu Kelantan
Bagi sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sekretariat iaitu :-
 
Ir. Hj. Ashlie bin Abdul Rahim
017-366 1766
Ketua Bahagian Sekretariat
 
Ir. Ts. Mohd Hazery Hj. Md. Shamsi
011-1212 0353
Bahagian Sekretariat
 
“Jasa Kepada Rakyat”
#JKRPrihatin