Date: Rabu, Jun 2, 2021

Pada 2 Jun 2021 telah diadakan satu Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2021-2025 yang dipancarkan secara maya. Pelancaran yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya turut ditonton oleh semua warga JKR menerusi Facebook Live.

Matlamat pembangunan Pelan OACP ini adalah bertujuan untuk memastikan agenda pencegahan rasuah Jabatan dapat dilaksanakan dengan sempurna dimana halatuju dan kerangka Tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas disediakan sebagai panduan warga Jabatan. Pelan ini yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dengan sokongan penuh daripada semua pemegang taruh yang berkaitan bagi menangani permasalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Terdapat sebanyak 14 Objektif Strategik, 47 Inisiatif yang telah terbahagi lapan (8) Inisiatif dalam jangka masa pendek dan 39 Inisiatif dalam jangka masa panjang. Pelan OACP yang telah dibangunkan ini mengandungi lima (5) bidang-bidang berisiko yang telah dikenalpasti menerusi analisis dan penilaian risiko iaitu:-

i. Pengurusan Projek

ii. Pentadbiran

iii. Sumber Manusia

iv. Tadbir Urus

v. Perolehan dan Kewangan 

JKR amat komited untuk memastikan sistem pentadbiran Jabatan dapat bergerak dengan berkesan serta bebas daripada ancaman rasuah bersandarkan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan sekaligus meningkatkan imej Jabatan yang bersih dan berintegriti.

Diharap melalui pelancaran Pelan OACP ini akan menjadi kayu pengukur bagi membolehkan pemantuan dan penilaian dapat dilaksanakan dalam menilai dan mengenalpasti pencapaian JKR dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

 

“Ke Arah Jabatan Yang Berintegriti, Tadbir Urus Cekap dan Bebas Rasuah”

Klik pautan dibawah untuk menonton video penuh Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi JKR Malaysia 2021-2025

Video Pelancaran