Date: Selasa, Januari 10, 2017
Satu majlis pelancaran program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKR Malaysia peringkat Premis Menara PJD telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Januari 2017 (Isnin) yang lalu. Program yang bermula mulai jam 08.30 pagi turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada warga JKR di Menara PJD.
 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) merangkap Penghulu Premis Menara PJD bagi Program EKSA ini. Program ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Sahimi bin Hj. Arshad, Pengarah Cawangan Pasukan Projek Khas Bangunan (PPKB), Sr. Hjh. Hashimah bt. Harun, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2), En. Mohd Rahim bin Kawangit, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) serta wakil dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CAST), Cawangan Jalan (CJ) dan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS).
 
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun turut menyerahkan cenderahati simbolik program gotong-royong perdana peringkat Premis Menara PJD ini kepada semua wakil Cawangan yang hadir.
 
Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi taklimat dan perkongsian berkenaan pelaksanaan EKSA di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang disampaikan oleh En. Mohd Shukri bin Dolah daripada Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK).
 
Diharapkan dengan pelancaran program EKSA peringkat Premis Menara PJD serta program gotong-royong perdana ini mampu memberi momentum baru kepada semua warga JKR di Menara PJD khususnya untuk terus membuat penambahbaikan sejajar dengan matlamat Jabatan untuk memastikan ruang kerja yang kondusif, produktif dan selamat.
 
Ayuh semua warga JKR ke arah Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh pihak MAMPU.