Date: Isnin, Julai 19, 2021

Hari ini 19 Julai 2021 jam 9.00 pagi telah berlangsung melalui platform WEBEX, Pelancaran Program Tautan Kasih JKR Prihatin tahun 2021.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, yang dihadiri secara maya oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur yang juga menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Turut hadir, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan, Pengarah-Pengarah Negeri/Wilayah dan Jurutera-Jurutera Daerah.

Sumbangan Bakul Kasih ini diberikan kepada warga kerja JKR yang telah dikenalpasti, merangkumi kakitangan yang berkhidmat di cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri/ Wilayah serta JKR Daerah dan dianggarkan sekitar 3600 Bakul Kasih telah sediakan dan diagihkan. Inisiatif ini adalah seiring dengan program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), disasarkan kepada kumpulan sasar di seluruh negara bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.

Program ‘Food Bank’ yang juga bermula hari ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021, dengan penyediaan rak-rak yang mengandungi sumbangan berbentuk barangan asas keperluan harian. Rak-rak tersebut diletakkan di lobi premis-premis JKR di seluruh negara untuk diambil oleh kakitangan yang memerlukan.

Warga kerja JKR yang berkemampuan dan ingin turut serta dalam program ‘Food Bank’ ini boleh memberi sumbangan berbentuk wang tunai ataupun barangan keperluan harian. Wang tunai tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Akaun Surau Blok G, Menara Kerja Raya

Bank Kerjasama Rakyat 1100120766

(Ref: Food Bank JKR PRIHATIN)