Date: Isnin, April 11, 2016

8 April 2016- seramai 202 orang pegawai lantikan baru terdiri daripada pelbagai disiplin telah melapor diri di Jabatan Kerja Raya. YBhg.Dato' Ir. Hj Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pengenalan Pegawai P&P Bil 1/2016 yang berlangsung selama 5 hari bermula 11 - 15 April 2016 . Kursus ini telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman dan antara modul-modul yang akan disampaikan kepada pegawai baru adalah seperti Pengenalan Organisasi dan Bidang Teras JKR, Pengenalan Pentadbiran Kerajaan,  Etika dan Integriti dan lain-lain. Semoga kursus ini membawa manafaat kepada pegawai-pegawai baru.