![]() |
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ar. Zairul Azidin B Badri, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM President) berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2017 hingga 30 September 2019. Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau diatas pelantikan ini. Semoga YBrs. Ar. Zairul Azidin B Badri terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti demi kecemerlangan jabatan dan disiplin Arkitek. Mesyuarat Pertama Lembaga Arkitek Malaysia yang dipengerusikan oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin B Badri sebagai Yang Dipertua, Lembaga Arkitek Malaysia pada 14 November 2017.
|
- 1171 bacaan