Date: Rabu, Mei 11, 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ar. Zairul Azidin b Badri, Pengarah Bahagian Rekabentuk & Multimedia, Gred Utama C di Cawangan Arkitek, telah dilantik oleh Ketua Pengarah Kerja Raya sebagaiKetua Disiplin Arkitek JKR berkuatkuasa 9 Mei 2016.

Dengan itu, setinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan. Semoga beliau dapat memimpin Disiplin Arkitek JKR ke tahap yang lebih cemerlang dan menjadi pendorong untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan projek-projek kerajaan yang telah diamanahkan kepada jabatan.