Date: Rabu, Januari 9, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Sr. Zulkifle Bin Mohammad, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan 1 , Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya telah ditempatkan di Cawangan yang sama sebagai Pengarah Kanan memangku Gred Utama C secara Khas Untuk Penyandang berkuatkuasa 5 Januari 2019.

Penyerahan Watikah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan diiringi oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) serta YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah diadakan pada pagi Rabu, 9 Januari 2019 bertempat di Aras 33, Blok G, Menara Kerja Raya.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Sr. Zulkifle Bin Mohammad di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Sr. terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang.