Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) bil. 2/2018 telah meluluskan sembilan (9) Bidang Kepakaran SME dan Tahap Kepakaran bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa calon-calon di bawah penyeliaan JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini bagi sesi 2020/2021 dan menjadi Pegawai SME JKR Malaysia bagi bidang-bidang kepakaran dan tahap berikut :
Calon-calon yang berminat adalah layak dipertimbangkan berdasarkan syarat asas seperti berikut:-
Petunjuk:
a. Berdaftar dengan Lembaga Profesional;
b. Pegawai berada di gred hakiki J52/ J54 (mengikut tahap kepakaran);
c. Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
d. Telah berkhidmat dalam bidang dan sub bidang kepakaran seperti permohonan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
e. Mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut (Purata 90% mengikut wajaran yang ditetapkan);
f. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g. Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
h. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
i. Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/Tabung Pendidikan
Calon-calon yang melepasi syarat asas, kemudiannya akan melalui penilaian syarat umum dan syarat khusus seperti berikut :
Syarat Umum | |
Pencapaian Akademik | Kelayakan Akademik : Memiliki Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kepakaran |
Sumbangan | Memberi ceramah/ tenaga pengajar dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan dan luar jabatan. |
Anugerah/ Pengiktirafan | Keahlian : Terlibat secara aktif sebagai Ahli/ Fellows/ Official Bearer dalam pertubuhan/ persatuan profesional di peringkat negara/ antarabangsa serta berkaitan dengan bidang kepakaran |
Persijilan : Disahkan oleh pihak yang berkaitan atau mempunyai sijil dalam bidang kepakaran atau kekompetenan yang diiktiraf oleh Jabatan dalam bidang kepakaran khusus dan bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh jabatan | |
Tapisan 360o | Penilaian prestasi dan kualiti pegawai oleh pegawai atasan, piers dan bawahan dari aspek pengetahuan, tingkah laku dan kepimpinan |
Syarat Khusus | |
Kelayakan Profesional | Ditauliah sebagai Jurutera/ Arkitek/ Juruukur Bahan Profesional oleh Lembaga Profesional atau pentauliah oleh badan atau lembaga kepakaran.
|
Penulisan/ Penerbitan/ Pembentangan | Menulis/ menerbit/ membentang kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ garis panduan/ dasar/ prosedur/ tatacara/ hasil kajian penyelidikan dalam bidang kepakaran di peringkat Jabatan/ Kebangsaan/ Antarabangsa
|
Konsultasi / Khidmat Perundingan | Pengerusi/ ahli dalam pelbagai Jawatankuasa Teknikal di peringkat Jabatan dan luar Jabatan serta mempunyai penglibatan yang meluas dalam jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa Teknikal adalah seperti jawatankuasa menggubal spesifikasi/ peperiksaan/ manual/ garis panduan/ arahan teknik, ahli pasukan projek khas, Malaysian Standard oleh SIRIM dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang kepakaran |
Pengalaman | Berpengalaman mengendalikan secara langsung (hands-on) bidang kepakaran yang diceburi sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Terlibat secara langsung dalam bidang kepakaran yang diukur daripada aspek masa, kos dan kualiti bagi penghasilan projek/ produk. |
Jawatankuasa Kerja (JKK) akan melaksanakan penilaian ke atas permohonan yang diterima dan calon-calon yang berjaya melepasi kesemua penilaian, akan dibawa ke Jawatankuasa Induk (JKI) bagi tujuan perakuan sebelum diangkat untuk Pertimbangan Mesyuarat LKPPA. Calon yang berjaya diiktiraf sebagai Pegawai SME oleh LKPPA akan diberi satu (1) gred pemangkuan yang lebih tinggi dan perlu melaksanakan tugasan SME Special Assignment (SSA).
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang berikut :
a. Lampiran A – Borang Permohonan SME (disertakan bersama dokumen-dokumen pembuktian yang
dijilidkan dengan sebahagian dokumen disahkan)
b. Lampiran B – Surat Akuan Pinjaman Pendidikan; dan
c. Lampiran C - Borang Penilaian SME (soft copy dikemukakan dalam bentuk
excel)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR sebelum atau pada 29 Januari 2021 di alamat:
Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 30, Menara Kerja Raya (Blok G)
Jalan Sultan Salahuddin
50480 KUALA LUMPUR
upsk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
fatihah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:
- Ir. Khairul Nizan Bin Khairudin - 03-2618 8652
knizan [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
- Nur Fatihah Binti Abdullah - 03-2618 8654
fatihah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
Hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam hebahan ini akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- 2194 bacaan