Date: Khamis, Januari 26, 2023

Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa pegawai JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini bagi sesi 2023 dan menjadi Pegawai SME JKR Malaysia bagi bidang-bidang kepakaran dan tahap berikut :

Bidang Teras

Bidang Kepakaran

Sub Bidang

Tahap

Skim Perkhidmatan

PERUNDING KEJURUTERAAN

 

Forensic

  1. Forensic Engineering (Civil)

4

Jurutera Awam

Building Design Engineering

  1. Structural Engineering

4

  1. Geotechnical And Slope Engineering

4

  1. Specialised Planning And Building Design

4

Arkitek

  1. Interior Design

3-4

  1. Electrical System Engineering

4

Jurutera Elektrik

  1. Information And Communication Technology Infrastruture

4

  1. Mechanical System Engineering

4

Jurutera Mekanikal

  1. Medical System Engineering

4

Infrastructure Design Engineering

  1. Road. Traffic And Transportation Engineering

4

Jurutera Awam

  1. Structural Engineering (Bridge)

4

Sustainable Infrastructure And Building

  1. Energy Efficiency (EE) And Renewable Energy (RE)

4

Arkitek

Jurutera Elektrik

Jurutera Mekanikal

  1. Sustainable Development

4

Arkitek

  1. Conservation

3-4

Strategic Procurement, Cost Engineering And Dispute Resolution Consultancy

  1. Strategic Procurement

3-4

Juruukur Bahan

  1. Cost Engineering

4

  1. Dispute Resolution Consultancy

4

PENGURUSAN PROJEK TEKNIKAL

Value Management

-

2-4

Arkitek

Jurutera Elektrik

Jurutera Mekanikal

Juruukur Bahan

Jurutera Awam

Complex Technical Project Management

-

4

Multimedia Technical (Building Information Modelling)

-

4

PENGURUSAN ASET

Total Asset Management

-

4

 

Petunjuk:

 

Kepakaran

Gred Hakiki

(kemasukan)

Gred SME

Tahap 2

48

52

Tahap 3

52

54

Tahap 4

54

Khas C

 

 

Pegawai yang berminat adalah layak dipertimbangkan berdasarkan syarat asas seperti berikut:-

  • Berdaftar dengan Lembaga Profesional;
  • Pegawai berada di gred hakiki J48/J52/ J54 (mengikut tahap kepakaran);
  • Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
  • Telah berkhidmat dalam bidang dan sub bidang kepakaran seperti permohonan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  • Mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut ;
  • Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
  • Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/Tabung Pendidikan

Calon-calon yang melepasi syarat asas, kemudiannya akan melalui penilaian syarat umum dan syarat khusus seperti berikut :

Syarat Umum

Pencapaian Akademik

Kelayakan Akademik : Memiliki Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kepakaran

Sumbangan

Memberi ceramah/ tenaga pengajar dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan dan luar jabatan.

 

Anugerah/ Pengiktirafan

Keahlian : Terlibat secara aktif sebagai Ahli/ Fellows/ Official Bearer dalam pertubuhan/ persatuan profesional di peringkat negara/ antarabangsa serta berkaitan dengan bidang kepakaran

Pensijilan : Disahkan oleh pihak yang berkaitan atau mempunyai sijil dalam bidang kepakaran atau kekompetenan yang diiktiraf oleh Jabatan dalam bidang kepakaran khusus dan bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh jabatan

Tapisan 360o

Penilaian prestasi dan kualiti pegawai oleh pegawai atasan, piers dan bawahan dari aspek pengetahuan, tingkah laku dan kepimpinan

 

Syarat Khusus

Kelayakan Profesional

Ditauliah sebagai Jurutera/ Arkitek/ Juruukur Bahan Profesional oleh Lembaga Profesional atau pentauliah oleh badan atau lembaga kepakaran.

 

Penulisan/ Penerbitan/ Pembentangan

Menulis/ menerbit/ membentang kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ garis panduan/ dasar/ prosedur/ tatacara/ hasil kajian penyelidikan dalam bidang kepakaran di peringkat Jabatan/ Kebangsaan/ Antarabangsa

 

Konsultasi / Khidmat Perundingan

Pengerusi/ ahli dalam pelbagai Jawatankuasa Teknikal di peringkat Jabatan dan luar Jabatan serta mempunyai penglibatan yang meluas dalam jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa Teknikal adalah seperti jawatankuasa menggubal spesifikasi/ peperiksaan/ manual/ garis panduan/ arahan teknik, ahli pasukan projek khas, Malaysian Standard oleh SIRIM dan lain-lain  yang berkaitan dengan bidang kepakaran

Pengalaman/ Penugasan Khas

Berpengalaman mengendalikan secara langsung (hands-on) bidang kepakaran yang diceburi sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Terlibat secara langsung dalam bidang kepakaran yang diukur daripada aspek masa, kos dan kualiti bagi penghasilan projek/ produk.

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang berikut :

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR sebelum atau pada 31 Mac 2023 di alamat:

Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tingkat 30, Menara Kerja Raya (Blok G)

Jalan Sultan Salahuddin

50480 KUALA LUMPUR

 

Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. Ir. Fazela binti Mustapa                          -           03-2618 8652 / fazelam [at] jkr.gov.my (link sends e-mail)
  2. Muhammad Nabil Fikri bin Zulkifli           -           03-2618 8654 / nabilfikri [at] jkr.gov.my (link sends e-mail)

Hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam hebahan ini akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.