Sukacita dimaklumkan, penganjuran Hari Inovasi JKR Malaysia akan diadakan bersekali dengan Persidangan Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2023. Sehubungan dengan itu, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah Inovasi JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Sri KPKR dengan nombor rujukan (74) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/70/1 Jld.12 bertarikh 15 Februari 2023 :
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
---|---|---|---|
1. | Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik
|
WAJIB kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ CREaTE / JKR Wilayah Persekutuan
|
|
2. | Anugerah Inovasi JKR Daerah Terbaik |
WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan
| |
3. | Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek RM500 ribu hingga RM20 Juta | TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
4. | Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek melebihi RM20 Juta | TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
5. | Anugerah Inovasi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Terbaik | TERTUTUP
Penyertaan adalah berdasarkan keputusan penilaian Audit Dalaman SPKKP (SPOSH) oleh Urus Setia Induk KKP JKR Malaysia |
Oleh itu, semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ Pasukan Projek Khas/ Pejabat Jurutera Daerah/ Unit JKR KESEDAR/ Unit JKR Tentera dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di eanugerah.jkr.gov.my. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 31 Mac 2023 (Jumaat).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
- 1525 bacaan