Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Melaka, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut :
Bil | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
1 | ANUGERAH PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK | LAMPIRAN A |
2 | ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT TERBAIK | LAMPIRAN B |
3 | ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK TERBAIK i. Kategori Pasukan Pengurusan Projek dan Pengurusan Rekabentuk (HOPT & HODT) ii. Kategori Pasukan Pengurusan Pembinaan | LAMPIRAN C |
4 | ANUGERAH PENGURUSAN FASILITI JALAN TERBAIK | LAMPIRAN E |
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 27 April 2017 (Khamis).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2017 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
- 863 bacaan