Date: Jumaat, Disember 9, 2016
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut :
 
Anugerah Kontraktor Cemerlang 2017
 
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 19 Januari 2017 (Khamis).
 
Ringkasan keperluan penyertaan bagi anugerah yang dipertandingkan ini adalah seperti di Lampiran 1. Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2017 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
 
BIL ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN MUAT TURUN GARIS PANDUAN
1. Anugerah Kontraktor Cemerlang 2017 LAMPIRAN 1
 
 
Sekian, terima kasih. 
 
 
 
Unit Anugerah
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat