Date: Rabu, Januari 24, 2024

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Objektif utama penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan sekali gus memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Justeru itu, tuan adalah dijemput untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2024 yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2024.  Untuk tujuan penyertaan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dikehendaki

 

  1. Mengisi borang penyertaan secara dalam talian di pautan: https://forms.gle/LXyjiZPrvXMRLbNr8 (link is external) atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 (Jumaat); dan

           

 

  1. Mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan (link is external) (link is external), kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 (Jumaat).

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekretariat program berikut:

Sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2024

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka
No Tel: 06-551 2269/ 2260

Kerjasama tuan dalam menyokong Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2024 amat dihargai.

Sekian, terima kasih