Date: Rabu, Januari 8, 2025

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Tema bagi Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2025 ialah “Bold Steps for A Brighter Tomorrow”.

Justeru itu, tuan adalah dijemput untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2025 yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai dan Ogos 2025.  Untuk tujuan penyertaan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dikehendaki:

i. Mengisi borang penyertaan secara dalam talian di pautan: https://forms.gle/c73GUwZ8bBMa5eyb8 (link is external) atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah selewat-lewatnya pada 30 Mei 2025 (Jumaat); dan

ii. Mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, kepada sekreteriat program sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan (link is external), selewat-lewatnya pada 13 Jun 2025 (Jumaat).

Sila imbas QR Code yang tertera di bawah untuk mendapatkan salinan garis panduan Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2025.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekretariat program berikut untuk maklumat lanjut:

Sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2025
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka
E-mel: unikcreate [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
No Tel: 06-551 2260/ 2269/ 2253
 

Kerjasama tuan dalam menyokong Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2025 amat dihargai.

 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy

#JasaKepadaRakyat