Date: Khamis, March 16, 2023

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Justeru itu, tuan adalah dijemput untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2023 yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2023.  Untuk tujuan penyertaan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dikehendaki

 

  1. Mengisi borang penyertaan secara dalam talian di pautan: https://form.jotform.com/230291965535461 (link is external)atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023 (Jumaat); dan

  1. Mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan (link is external), kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023 (Jumaat).

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekretariat program berikut:

Nama

E-mel

No. Telefon

Siti Farah Aiman binti Md Sopian

farahaiman [at] jkr.gov.my

06-551 2269

Mohamad Fadlizuha bin Mahat

fadlizuha [at] jkr.gov.my

06-551 2260

 

 

Kerjasama tuan dalam menyokong Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023 amat dihargai.

Sekian, terima kasih