Date: Khamis, April 6, 2023

Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) JKR 2023. Program ini bertujuan memberi panduan dan bimbingan kepada Jurutera Profesional JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) dan program ini terbuka kepada Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik.

Untuk makluman, jangkaan pengumuman keputusan permohonan adalah pada 12 Mei 2023. Calon yang berjaya dalam permohonan, dikehendaki untuk menghadiri taklimat bersama Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) pada 8 Jun 2023.

Sehubungan dengan itu, CREaTE mempelawa semua pegawai JKR yang memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai program ini.

Syarat dan borang permohonan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel kepada KPPKL Cawangan dan di hantar ke emel: penyelaras.intensifPE [at] gmail.com ( (link sends e-mail)) selewatnya pada 14 April 2023 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA

PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023

Emel   : penyelaras.intensifPE [at] gmail.com

Tel       : 06-5512276/2280/2291