1. Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Dasar Inovasi JKR 2012, Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Cawangan Latihan & Inovasi kini meneruskan usaha mengenal pasti, membangun dan seterusnya mengkomersialkan projek inovasi JKR Malaysia di dalam dan juga luar Negara melalui Program Jejak Inovasi JKR Malaysia (JIJ).
2. Mulai tahun 2014, Program JIJ telah dipilih sebagai ‘pintu masuk’ (gateway) kepada semua acara inovasi Jabatan dan Kementerian serta acara-acara inovasi dalam dan luar Negara. Selain itu, semua pencalonan Anugerah Inovasi Terbaik JKR akan turut dipilih daripada penyertaan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ).
3. Sehubungan itu, semua kakitangan JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program JIJ 2016 dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Inovasi seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2016 (Selasa) melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:
Ketua,
Bahagian Penyelidikan & Inovasi,
Cawangan Latihan & Inovasi,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 3, Menara PJD, No. 50 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
No. Fax: 03-4041 1869
4. Sila klik DI SINI (link is external) untuk memuat turun Garis Panduan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ) 2016 yang turut mengandungi syarat dan borang penyertaan program.
5. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program JIJ 2016, sila hubungi:
Cik Nurul Fatin Binti Man melalui emel NurulFatin.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
Sekian, terima kasih.
Bahagian Penyelidikan & Inovasi,
Cawangan Latihan & Inovasi,
JKR Malaysia.
- 709 bacaan