Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) bersama Unit Mekanikal, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan melaksanakan Program Pensijilan Jurutera Mekanikal bagi tahun 2017. Pensijilan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran Jurutera Mekanikal dalam bidang berkaitan yang telah diperolehi melalui pengalaman bekerja di JKR. Program ini terbuka kepada semua Jurutera Mekanikal yang berkelayakan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan merujuk kepada syarat-syarat sepertimana dinyatakan di dalam garis panduan.
(rujuk capaian yang disertakan dibawah)
Untuk makluman pihak tuan/puan, Pensijilan Jurutera Mekanikal juga boleh dimohon melalui status Jurutera Profesional, dan layak dipertimbangkan untuk tahap kompeten.
Semua Jurutera Mekanikal yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan adalah digalakkan memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan (rujuk capaian). Borang yang telah lengkap diisi beserta laporan berkaitan perlu dikembalikan kepada Urusetia Program Pensijilan Jurutera Mekanikal seperti alamat yang tertera di bawah.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN | 31 JULAI 2017 |
BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI HENDAKLAH DKEMUKAKAN KEPADA URUSETIA | URUSETIA PROGRAM PENSIJILAN JURUTERA MEKANIKAL Aras 4, Blok Pentadbiran Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE) Jalan Kemus, Simpang Ampat 78000 Alor Gajah Melaka Tel : 06-551 2295/2436 Fax : 06-551 1807 Emel : saszad [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) halimatunms [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
|
Sila ke capaian ini untuk muat turun garispanduan serta lampiran yang berkaitan.
- 864 bacaan