Date: Jumaat, Februari 4, 2022
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia.
 
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
 
Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:
 
 
 
Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel: pensijilanjkr [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))