Date: Rabu, March 1, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.

Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:

http://www.createjkr.gov.my/pelawaan-menyertai-program-pensijilan-kompetensi-teknikal-jabatan-kerja-raya-malaysia-tahun-2023/ (link is external)

Sekian, terima kasih.

 

URUS SETIA

PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Emel : pensijilanjkr [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))