Date: Rabu, March 21, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) : Wacana Penyelidikan Dalam Industri Pembinaan Negara sepertimana ketetapan berikut:

 

            Tarikh              :           27 Mac 2018 (Selasa)

            Masa               :           8:00 pagi – 1:00 ptg   

            Tempat            :           Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

                                                Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

 

Untuk makluman Tuan / Puan, program ini diadakan untuk mendapatkan aspirasi dan pandangan terhadap masa depan industri pembinaan negara dan bagaimana penyelidikan dapat menyumbang kepada kecemerlangan industri pembinaan.  Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam membentuk masa depan negara menjelang tahun 2050, yang mana industri pembinaan turut disasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. 

 

Para peserta yang disasarkan ke program ini adalah golongan belia berumur 45 tahun ke bawah dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan, arkitek, ukur bahan dan sebagainya.  

 

Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput  Tuan / Puan menyertai program ini dengan mengemukakan pengesahan melalui 

e- mail ernisha [at] jkr.gov.my (link is external) selewat-lewatnya pada 23 Mac 2018 (Jumaat).

  

Sebarang pertanyaan  lanjut berkaitan program TN50 mohon hubungi pegawai berikut:

 

i.          En. Mohd Haffizan bin Abdul Ghafar              (06-5512318)

ii.         Ir. Muhamad Yusri bin Zainal                         (06-5512317)

iii.        Pn. Izmazurin binti Ramli                                (06-5512315)

 

Sekian, terima kasih.