Date: Jumaat, Januari 11, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional untuk memohon kenaikan pangkat secara Fast Track (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2016 Bertarikh 20 Disember 2016).

Pegawai yang dikenalpasti berpotensi tinggi boleh diberi keutamaan mengisi kekosongan jawatan di gred yang lebih tinggi mendahului pegawai lain di gred yang sama atau gred yang lebih kanan dalam skim perkhidmatan yang sama setelah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang berkuatkuasa dan melepasi tapisan fast track. Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dikenalpasti untuk dipertimbangkan di bawah laluan fast track hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam pekeliling serta melalui proses tapisan jabatan seperti berikut:

•           Memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang berkuatkuasa;

•           Lulus Kriteria Khas Jabatan (markah 80% ke atas)

•           Mencapai markah LNPT sekurang-kurangnya 90% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini;

•           Mencapai sekurang-kurangnya skor A dalam penilaian tahap potensi

Permohonan di buka untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional JKR Gred J48, J52 dan J54. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan di dalam format seperti link berikut; format FT 2019.xlsx

Permohonan dibuka bermula 14 Januari 2019 hingga 22 Febuari  2019.

Sebarang pertanyaan  lanjut berkaitan program Fast Track  boleh menghubungi pegawai berikut:

i.          Ir. Zorina Binti Abd Hamid              (03-2618 8652)   zorina.jkr [at] 1govuc.gov.my

ii.         En. Zuki Bin Mat Salleh                   (03-2618 8657)  zuki.jkr [at] 1govuc.gov.my

 

Sekian, terima kasih.