Date: Rabu, Januari 11, 2017
Program ini adalah terbuka kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas yang telah berkhidmat dalam persekitaran projek dalam tempoh 3 tahun dan ke atas.  Program ini dijangka bermula pada Januari 2017 dan berakhir pada Julai 2017
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kompetensi pengurus dan pasukan projek serta memupuk pembudayaan amalan terbaik pengurusan projek di setiap peringkat di JKR.  Disamping itu, ia juga dapat membantu profesional JKR bagi mencapai pengukuran Competency Identification (CI) selaras dengan pembangunan kepakaran yang terkandung dalam Dasar Sumber Manusia JKR dan hasrat Jabatan untuk meningkatkan kepakaran pegawai dalam bidang Pengurusan Projek. 
 
Untuk makluman, program ini berjalan berasaskan kepada Competency Based Assessment System (Penilaian Berasaskan Kompetensi di Tempat Kerja). Adalah diingatkan kepada pegawai yang berminat untuk menyertai Program ini agar mempunyai keupayaan untuk menyediakan bukti. 
 
PERHATIAN:
 
i.
Risalah program yang mengandungi maklumat dan syarat-syarat permohonan.
 
ii.
Permohonan perlulah menggunakan borang permohonan yang disertakan. 
iii.
Calon perlu mendapatkan sokongan ketua Jabatan bagi mengikuti program ini. 
Hanya permohonan yang mempunyai maklumat yang lengkap sahaja yang akan diproses.
iv. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2017 (Jumaat), jam 4.30ptg.