Date: Khamis, April 26, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan permohonan JKR untuk menggunapakai Jadual Kadar Kerja (JKK) Elektrik 2018 berkuatkuasa mulai 1 April 2018 untuk tempoh dua (2) tahun.

Kadar – kadar harga di dalam Jadual Kadar Kerja Elektrik untuk Penyenggaraan Elektrik dan Kerja – kerja Kecil Elektrik ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja elektrik yang dijalankan secara undi dan segera /. Ia tidak sekali - kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja - kerja Pindaan di dalam mana - mana Sebutharga atau Kontrak yang berdasarkan Senarai Kuantiti atau Pelan dan Spesifikasi.

Oleh yang demikian, Surat Arahan KPKR bil.(26)dlm.JKR.KPKR:100.010-07 Jilid bertarikh 5 April 2016 adalah dibatalkan

Sila klik di sini untuk tujuan rujukan elektronik sahaja dan tidak boleh dicetak. 

Dokumentasi ----> Garis Panduan, Manual & Dokumen ----> Dokumen Teknikal -----> Jadual Kadar Harga 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan JKK Elektrik, sila hubungi unit sepertimana dinyatakan di bawah:

Unit Perunding Inspektorat & Keselamatan Elektrik
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Lot 8 Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Phone : 03 9282 5868 l Fax: 03 9284 7887