Date: Jumaat, Mei 3, 2024

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jurutera Daerah Dan Sijil Penghargaan kepada mantan Jurutera Daerah bagi Tahun 2024 yang telah diadakan pada 26 April 2024 (Jumaat) bertempat di Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya.

Penyerahan Watikah dan Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), JKR Malaysia dan diiringi oleh YBrs. Ir. Janari Bin Sekeli, Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan,CDPK serta YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Pengerusi Majlis Tindakan Jurutera Daerah JKR Malaysia.

Jurutera Daerah yang berperanan sebagai barisan hadapan juga selaku Ketua Jabatan Teknikal yang mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memacu dan mentadbir pembangunan fasiliti kerajaan di setiap daerah ke tahap yang lebih efisien dan efektif. Jurutera Daerah terlibat secara langsung dalam projek pembangunan dan penyelenggaraan jabatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri mahupun jabatan berkanun.

Seramai 13 orang Jurutera Daerah menerima watikah perlantikan dan 12 orang mantan Jurutera Daerah menerima sijil penghargaan sempena majlis ini.  

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Jurutera Daerah yang telah dilantik. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada mantan Jurutera Daerah di atas khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Jurutera Daerah.

Berikut adalah senarai Jurutera Daerah yang menerima watikah dan sijil penghargaan: