Date: Khamis, Mei 20, 2021

19 Mei 2021 | Bagi menunjukkan keprihatinan warga JKR Malaysia terhadap nasib ribuan rakyat Palestin, Tabung Palestin ‘JKR Prihatin’ telah dilancarkan  peringkat JKR Malaysia dengan kerjasama Surau Menara Kerja Raya.

Kutipan sumbangan ikhlas warga JKR Malaysia ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato Ir. Hj. Mohamad Zulkefly b. Sulaiman , Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia disaksikan oleh YBhg. Datuk Ir. Razdwan b. Kasim, TKPKR (Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Redza b. Ghulam Rasool, TKPKR (Infra), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Habbali b. Ibrahim TKPKR (Bangunan)  dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri b. Baharuddin,  Pengarah CDPK disaksikan oleh Pengerusi Surau Menara Kerja Raya, YBrs. Ir. Suhaili b. Mansor.

Tujuan penubuhan tabung adalah bagi menyalurkan sumbangan warga JKR Malaysia  bagi membantu meringankan bebanan dengan bantuan asas seperti perubatan, makanan dan lain-lain ketika berhadapan saat genting

Kutipan Tabung Palestin ‘JKR Prihatin’ adalah dibuka mulai 19hb Mei 2021 (Rabu) sehingga 26hb Mei 2021 (Rabu).

Tabung Palestin ‘JKR Prihatin’ boleh disalurkan melalui :-

i.                Akaun Surau Blok G, Menara Kerja Raya

Bank Kerjasama Rakyat :1100120766

atau  ;

ii.              Menyerahkan Sumbangan melalui Wakil Cawangan/Negeri ke Bahagian Sekretariat, Aras 31, Blok G, Menara Kerja Raya.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai di Bahagian Sekretariat iaitu , Ir. Ts.Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi, Jurutera Mekanikal, 03-2618 8699 atau Encik Ahmad Hasbullah b. Mahmud, Jurutera Awam 03-2618 8459

Segala keprihatinan seluruh warga JKR Malaysia terhadap rakyat Palestin adalah amat dihargai dan semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dihulurkan.

Firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta  dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Surah An-Nahl : 128)