Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2020/2021.
Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Bil | Jenis Pengajian | Tahun Pengajian |
1 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Biasiswa Lain Yang Ditawarkan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | 2021 |
2 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) | 2020 |
Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2020/2021 hendaklah dibuat dengan memohon secara dalam talian di https://mycutibelajar.jkr.gov.my/ (link is external). Pegawai yang ingin memohon hendaklah menyemak Bidang Pengajian Keutamaan Jabatan dan Syarat-Syarat Permohonan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut.
Pegawai perlulah mengemukakan permohonan yang lengkap beserta Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian kepada pihak urus setia setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada Ketua Disiplin masing-masing bagi disiplin Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan dan Senibina.
Penawaran dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian : | 31 Dis 2019 – 21 Jan 2020 |
2. | Tarikh tutup permohonan dan penyerahan dokumen permohonan kepada pihak urus setia. | 28 Jan 2020 |
3. | Panggilan ke sesi temuduga di peringkat Jabatan. | Feb 2020 |
4. | Keputusan temuduga peringkat Jabatan. | April 2020 |
Pegawai untuk dihubungi:
1. Mohd Eikmal bin Ahmad 03-2618 8668 mailto:eikmal.jkr [at] 1govuc.gov.my
2. Wan Siti Faeza binti Wan Ismail 03-2618 8656 mailto:WSFaeza.jkr [at] 1govuc.gov.my
- 1365 bacaan