Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2022/2023.
Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Bil | Jenis Pengajian | Tahun Pengajian |
1 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Biasiswa Lain Yang Ditawarkan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | 2022/2023 |
2 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-lain (CBBPHLL) | 2022 |
Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2022/2023 hendaklah dibuat dengan memohon secara dalam talian di https://mycutibelajar.jkr.gov.my (link is external). Pegawai yang ingin memohon hendaklah menyemak Bidang Pengajian Keutamaan Jabatan dan Syarat-Syarat Permohonan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut.
Pegawai perlulah mengemukakan permohonan yang lengkap beserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian kepada pihak urus setia setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada Ketua Disiplin masing-masing bagi disiplin Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan dan Senibina.
Penawaran dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian : | 06 Dis 2021 – 24 Dis 2021 |
2. | Panggilan ke sesi temuduga di peringkat Jabatan. | Januari 2022 |
3. | Keputusan temuduga peringkat Jabatan. | Februari 2022 |
Pegawai untuk dihubungi:
Mohd Azral bin Mat Jusoh No Tel: 03 – 2618 8656 Email: azral [at] jkr.gov.my
Mohamad Ain bin Ahmad No Tel: 03 – 2618 8668 Email: mohamadain [at] jkr.gov.my
- 1131 bacaan