Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2023/2024.
Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Bil | Jenis Pengajian | Tahun Pengajian |
1. | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Biasiswa Lain Yang Ditawarkan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | 2023/2024 |
2. | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-lain (CBBPHLL) | 2023 |
Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2023/2024 hendaklah dibuat dengan memohon secara dalam talian di https://mycutibelajar.jkr.gov.my (link is external). Pegawai yang ingin memohon hendaklah menyemak Bidang Pengajian Keutamaan Jabatan dan Syarat-Syarat Permohonan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut.
Pegawai perlulah mengemukakan permohonan yang lengkap beserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian kepada pihak urus setia setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada Ketua Disiplin masing-masing.
Penawaran dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian : | 16 Dis 2022 – 16 Jan 2023 |
2. | Panggilan ke sesi temuduga di peringkat Jabatan | Februari 2023 |
3. | Keputusan temuduga peringkat Jabatan | Mac 2023 |
Pegawai untuk dihubungi:
Mohd Azral bin Mat Jusoh
03 – 2618 8656
azral [at] jkr.gov.my
Mohamad Ain bin Ahmad
03 – 2618 8668
mohamadain [at] jkr.gov.my
- 2363 bacaan