PEMAKLUMAN PENDAFTARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) YANG INGIN MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN IJAZAH KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA UNTUK TAHUN 2024/2025
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2024/2025.
3. Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Bil | Jenis Pengajian | Tahun Pengajian |
1. | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Biasiswa Lain Yang Ditawarkan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | 2024/2025 |
2. | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-lain (CBBPHLL) | 2024 |
4. Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Sesi 2024/2025 hendaklah dibuat dengan memohon secara dalam talian di https://mycutibelajar.jkr.gov.my (link is external). Pegawai yang ingin memohon hendaklah menyemak Bidang Pengajian Keutamaan Jabatan dan Syarat-Syarat Permohonan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut.
5. Pegawai perlulah mengemukakan permohonan yang lengkap beserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian kepada pihak urus setia setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada Ketua Disiplin masing-masing.
6. Penawaran dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
Bil. | Perkara | Tarikh |
1. | Permohonan secara dalam talian : | 08 Dis 2023 – 08 Jan 2024 |
2. | Panggilan ke sesi temuduga di peringkat Jabatan | Februari 2024 |
3. | Keputusan temuduga peringkat Jabatan | Mac 2024 |
7. Butir-butir syarat dan kriteria, tatacara permohonan dan tanggungjawab Ketua Jabatan adalah seperti di LAMPIRAN berkaitan. Kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengenai perkara ini adalah sangat dihargai.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
Ketua BahagianBahagian Pembangunan Skim KejuruteraanCawangan Dasar dan Pengurusan KorporatIbu Pejabat JKR Malaysiab.p Ketua Pengarah Kerja RayaMalaysia
Pegawai untuk dihubungi:






- 981 bacaan