Date: Jumaat, Ogos 23, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz,  Gred Utama C telah menerima watikah sebagai Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ,  berkuat kuasa 19 Ogos 2024.

Penyerahan Watikah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya yang berlangsung pada jam 11.00 pagi, 23 Ogos 2024 bertempat di Aras 33, Blok G, Menara Kerja Raya. 

Semoga YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz terus cemerlang melaksanakan tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi pembangunan negara.