Date: Isnin, April 25, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBrs.Ir.Shuib B Tabri ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia mulai 3 Mei 2016.
 
Warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan menaruh kepercayaan penuh kepada beliau dalam memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.