Date: Isnin, September 19, 2022

11th International Symposium on Field Monitoring in Geomechanics (ISFMG) telah berlangsung mulai 4-8 September 2022 di Imperial College, London dan dihadiri oleh Ir. Melati Mudzaffar Ali Jurutera Awam Penguasa daripada Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) sebagai salah seorang pembentang kertas kerja di simposium tersebut.

ISFMG merupakan satu acara kelolaan International Society for Soil Mechanics and Geotechnical Engineering (ISSMGE) yang diadakan setiap 4 tahun dan kali ini dianjur oleh The British Geotechnical Association (BGA) selaku tuan rumah. Tujuan simposium adalah untuk meningkatkan kefahaman, intepretasi dan penyampaian kerja ukuran di lapangan di kalangan pengamal bidang pemantauan geoteknik berlandaskan tema-tema seperti bangunan dan asas, cerun dan kerja tanah serta lain-lain.

Ir. Melati telah menyampaikan kertas kerjanya bertajuk Application of Geophysical Method for Determination of Sink Hole in Limestone Formation in Kinta Valley semasa sesi teknikal bangunan dan asas. Kertas kerja ini adalah berdasarkan kerja penyiasatan tapak (SI) di SMK Dato’ Ahmad Said, Ipoh. Selain pelaksanaan borehole yang menjadi kelaziman skop kerja SI, projek ini juga memuatkan ujian geofizik iaitu ujian resistiviti elektrik dan ujian mikrograviti. Ujian mikrograviti telah dijalankan buat julung kalinya dalam kerja SI JKR untuk menentukan lokasi lubang benam (sink hole). Selain sesi teknikal dan syarahan ucaptama, simposium turut dimeriahkan dengan Elmo DiBiagio Young Engineer’s Paper Competition serta lawatan tapak.

Simposium ini satu peluang untuk JKR meneroka kaedah dan teknologi yang dilaksanakan oleh negara lain, bertepatan dengan pendekatan CKG untuk mempelbagaikan skop SI bagi memperolehi profail tanah dengan lebih pantas. Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada belliau.